
LONDON – Chelsea dijangka berdepan satu lagi tugas sukar menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United yang dijadualkan berlangsung di laman sendiri malam ini.
Moral skuad kendalian Xabi Alonso itu dikatakan berada tahap cukup rendah ketika ini apabila mencatat dua kekalahan berturut-turut, termasuk tewas kepada Liverpool pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) kelmarin.
Bagaimanapun, pemain tengah The Blues, Morgan Rogers percaya dia dan rakan sepasukan perlu memanfaatkan aksi bertemu United bagi mengembalikan keyakinan selepas mengharungi situasi cukup sukar.
“Ketika bertemu Liverpool, semua pemain menunjukkan karakter serta semangat juang yang cukup tinggi. Saya yakin dengan masa yang ada kami mampu untuk bermain dengan taktikal diterapkan jurulatih.
“Memang benar kami tewas tetapi ia satu aksi yang baik berdepan pasukan kuat seperti mereka. Jadi, kami perlu kekal fokus dan memberikan tumpuan untuk aksi menentang United,” kata Rogers.
Aksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya Chelsea selain pergolakan serta prestasi tidak menentu yang sedang membelenggu United pastinya memberi kelebihan buat juara dunia itu.
Biarpun dianggap sebagai pilihan, namun The Blues tidak boleh terlalu selesa memandangkan United sentiasa mampu melakukan kejaiban ketika bertemu pasukan besar serta dalam keadaan terdesak. – AGENSI
The post EPL: Moral Chelsea di kedudukan terendah appeared first on Kosmo Online.


