EPL: Carrick bukan penyebab United sukar

Football
27 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Carrick bukan penyebab United sukar

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Gary Neville melemparkan kritikan pedas terhadap pemain kelab itu dan menuduh mereka tidak lagi memberikan komitmen susulan kekalahan 3-0 kepada Bournemouth di Old Trafford kelmarin.

Kekalahan memalukan itu menyaksikan United meneruskan rekod tanpa kemenangan kepada lapan perlawanan dalam semua pertandingan, sekali gus meletakkan masa depan Michael Carrick sebagai ketua jurulatih dalam keadaan semakin tidak menentu.

“Persembahan kali ini memang teruk, langsung tidak menunjukkan apa-apa. Semuanya sia-sia. Persembahan yang hambar dan pemain hilang tumpuan serta tidak lagi memberikan komitmen.

“Michael Carrick ialah seorang insan yang hebat. Dia seorang yang berintegriti, profesional, mempunyai kualiti bola sepak yang tinggi serta konsisten dan boleh diharapkan. Semua sifat itu tidak ada pada kumpulan pemain yang berada di bilik persalinan tersebut.

“Beliau akan menjadi mangsa keadaan kerana gagal memberikan hasil yang diharapkan. Segala-galanya terlalu berat untuk ditanggungnya, para pemain sudah berpaling tadah terhadapnya,” katanya.

Neville turut percaya bilik persalinan United juga kini sudah tidak bersama Carrick apabila sebahagian besar pemain termakan hasutan sesetengah pemain yang dianggapnya tidak layak untuk beraksi bersama kelab itu.

“Bruno (Fernandes) sendiri sudah mengkritiknya secara terbuka melalui kenyataan sebelum ini, bayangkan apa yang mereka katakan di belakang tabir. Sebahagian daripada mereka yang tidak begitu profesional.

“Ada antara mereka yang tidak tidur pada waktu yang sepatutnya, tidak makan makanan yang betul, tidak memikirkan Manchester United setiap minit setiap hari dan tidak menjadikan kelab ini sebahagian daripada kehidupan mereka seperti yang sepatutnya.

“Mereka sudah besar kepala, malah sesetengah pemain itu langsung tidak ada apa-apa keistimewaan,” katanya.

Bekas pemain pertahanan yang kini menjadi pengkritik bola sepak itu juga percaya perubahan juga perlu dilakukan di peringkat pengurusan selepas kegagalan demi kegagalan yang berlaku sejak lebih sedekad lalu. – AGENSI

 

The post EPL: Carrick bukan penyebab United sukar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved