
MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick menuntut anak buahnya tampil dengan watak lebih kental dan licik mengawal situasi perlawanan sekiranya mahu kembali memburu lebih banyak kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Carrick dilihat tidak berpuas hati selepas The Red Devils sekadar melakar keputusan seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur pada aksi di Old Trafford, awal pagi semalam.
Keputusan itu dianggap satu kerugian kerana Spurs terpaksa beraksi dengan 10 pemain ekoran kad merah dilayangkan kepada Rodrigo Bentancur, namun tetap memperoleh gol penyamaan di hujung permainan.
“Saya tidak gembira dengan jumlah mata yang kami raih ketika ini.
“Sudah pasti saya tidak boleh menyembunyikan apa yang saya rasakan ini.
Saya fikir kami sepatutnya mampu tampil dengan aksi lebih berbeza, namun inilah realitinya dan kami perlu menerimanya. Kami harus merubah sesuatu ke arah yang lebih baik dengan cepat.
“Kami hanya perlu melakukannya mengikut yang dirancang, jadi lebih ‘degil’, kental dan lebih kuat bagi mempertahankan kelebihan yang kami ada,” katanya.
The Red Devils dilihat hampir mengesahkan tiga mata hasil jaringan Bryan Mbeumo, namun Dominic Solanke lebih bijak untuk memanfaatkan kesempatan apabila menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan babak kedua. – AGENSI
The post EPL: Carrick tuntut United tampil lebih kental appeared first on Kosmo Online.





