
MANCHESTER – Manchester United tidak mempunyai pilihan kecuali perlu meraih kemenangan pada aksi keenam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas hanya meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan lalu.
Lima mata yang diraih setakat ini meletakkan United di kedudukan ke-12 saingan sekali gus memberi tekanan hebat buat Michael Carrick untuk mendapatkan kemenangan terutamanya ketika aksi berlangsung di Old Trafford.
Isu kerapuhan benteng pertahanan perlu diberikan keutamaan ketika United sudah bolos lapan gol dengan Luke Shaw, Harry Maguire, Lisandro Martinez dan Diogo Dalot kurang menerima saingan sekali gus mudah menguasai tempat dalam kesebelasan utama.
Bagaimanapun, Carrick mampu berasa lega apabila Matthijs de Ligt sudah kembali daripada rehat yang panjang ekoran masalah kecederaan dan berpotensi menjadi penyelesaian kepada masalah pertahanan mereka.
Kali terakhir De Ligt beraksi dalam perlawanan kompetitif ketika menentang Crystal Palace pada 30 November tahun lalu dan belum beraksi semula sejak itu, namun laporan menyebut dia kini sudah cergas dan pulih sepenuhnya.
Selain De Ligt, Carlos Baleba juga berpotensi membuat penampilan pertama, manakala Amad Diallo juga sudah hampir untuk kembali memperkuatkan bahagian sayap sekali gus membolehkan Bryan Mbeumo ditolak ke posisi penyerang tengah.
Situasi itu memberikan sedikit kelegaan buat Carrick apabila kini memiliki lebih banyak pilihan di bahagian serangan terutama ketika Benjamin Sesko masih belum berada pada tahap terbaik untuk menjadi penggempur utama.
Kehadiran Diallo boleh membolehkan Bryan Mbeumo beraksi di posisi penyerang tengah sekiranya Benjamin Sesko masih belum bersedia, sekali gus memberi Carrick lebih banyak pilihan untuk menyusun jentera serangan. – AGENSI
The post EPL: Carrick miliki banyak pilihan appeared first on Kosmo Online.





