EPL: City mahu jadikan Ipswich mangsa

Football
17 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: City mahu jadikan Ipswich mangsa

MANCHESTER – Pe­ngu­rus Manches­ter City, Enzo Maresca me­laungkan ama­ran bahawa pa­su­kannya akan me­lakukan kebangkitan bagi me­mas­tikan mereka kembali ber­ada di landasan terbaik.

Maresca menyuarakan hasrat mahu menjadikan Ipswich Town sebagai mangsa lepas geram apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad malam ini.

Mengambil kira faktor jadual yang agak padat, Maresca me­nganggap kunjungan Ipswich mampu menjadi peluang ke­emasan untuk mereka bangkit selepas tewas 2-4 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam sai­ngan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

“Ia akan menjadi perlawanan yang agak sukar kerana mereka memiliki tempoh seminggu untuk proses pemulihan. Bagaima­napun, ini juga adalah peluang untuk kami kembali bangkit.

“Kami perlu menguruskan beberapa pemain dengan baik tetapi perlu mengekalkan momentum pasukan dengan cuba memenangi perlawanan kali ini,” katanya.

Sementara itu, tonggak pertahanan The Citizens, Marc Guehi percaya banyak perkara positif boleh diambil daripada kekalahan kepada PSG kelmarin.

“Selagi mana kami berjuang, pasti akan ada ganjaran buat kami. Saya harap kami boleh belajar sesuatu daripada perlawanan lepas dan tampilkan prestasi lebih baik pada aksi akan da­tang,” ujarnya. – AGENSI

The post EPL: City mahu jadikan Ipswich mangsa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved