EPL: Fernandes buat United tersentak

Football
20 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Fernandes buat United tersentak

MANCHESTER – Kapten Manchester Unted, Bruno Fernandes dilaporkan menolak tawaran kontrak baharu daripada kelab itu ketika khabar angin yang mengaitkannya dengan Galatasaray.

Kelab Turki itu dikatakan berminat untuk mendapatkan Fernandes yang kini hanya mempunyai baki setahun dalam kontraknya di Old Trafford biarpun terdapat pilihan untuk melanjutkan kontrak selama 12 bulan lagi selepas kontrak semasanya tamat.

Situasi itu mungkin berubah sekiranya Galatasaray bertindak lebih awal dengan laporan mengatakan mereka boleh mengemukakan tawaran sebanyak £43 juta untuk pemain antarabangsa Portugal tersebut dalam masa terdekat.

Menurut laporan, Fernandes telah ditawarkan lanjutan kontrak oleh INEOS, tetapi tawaran tersebut dikatakan jauh lebih rendah daripada jangkaan pemain berusia 31 tahun itu.

Fernandes dilaporkan hanya ditawarkan kenaikan gaji sebanyak £500,000 untuk tempoh 12 bulan sahaja, sedangkan Galatasaray sanggup menggandakan gaji semasanya di United yang berjumlah sekitar £300,000 seminggu.

Ini bermakna Galatasaray dipercayai bersedia menawarkan kontrak bernilai lebih daripada £17 juta setahun untuk memujuk Fernandes berpindah ke Istanbul sebelum jendela perpindahan kali ini ditutup.

Namun, Fernandes dikatakan mahu kekal di Old Trafford musim baharu nanti dan pihak kelab masih yakin mereka mampu mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu dengan pemain tengah Portugal tersebut.

Fernandes dinobatkan sebagai Pemain Terbaik EPL musim lalu dan turut memecahkan rekod jumlah bantuan gol (assist) terbanyak dalam liga tersebut.

Fernandes dijangka akan berada dalam kesebelasan utama ketika United menentang Hull pada Sabtu ini, sebelum mereka berdepan satu lagi pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris, Ipswich Town. – AGENSI

The post EPL: Fernandes buat United tersentak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved