Ronaldo pujuk Fernandes sertai Al Nassr

FootballSports
28 Jul 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ronaldo pujuk Fernandes sertai Al Nassr

RIYADH: Cristiano Ronaldo dilaporkan memainkan peranan besar dalam usaha Al Nassr mendapatkan rakan senegaranya, Bruno Fernandes dari Manchester United.

Kelab Liga Pro Saudi itu mula mengintai kemungkinan membawa kapten The Red Devils itu beraksi di Riyadh, namun sehingga kini masih tiada kata putus dari kedua-dua pihak.

Menurut laporan, Ronaldo mahu membantu Al Nassr membina skuad lebih kuat bagi menghadapi musim baharu dan dikatakan sedang berusaha meyakinkan Fernandes mengenai projek kelab itu.

Al Nassr juga dilaporkan sudah mula menilai situasi Fernandes selepas pemain tengah berusia 31 tahun itu memasuki fasa akhir kontraknya bersama United.

Bagaimanapun, perpindahan itu masih jauh daripada menjadi kenyataan kerana Fernandes sebelum ini menunjukkan kecenderungan untuk kekal di Old Trafford semusim lagi.

Fernandes kekal menjadi tonggak utama United sejak menyertai kelab itu pada 2019 dan masih dianggap pemain penting dalam perancangan skuad kendalian Michael Carrick.

Minat daripada kelab Arab Saudi bukan perkara baharu apabila beberapa pasukan termasuk Al Nassr pernah dikaitkan dengan pemain Portugal itu sebelum ini.

Bagaimanapun, hubungan rapat antara Ronaldo dan Fernandes di pentas antarabangsa bersama Portugal menjadikan saga perpindahan ini lebih menarik.

Untuk rekod, kedua-dua pemain berkenaan pernah membentuk gandingan penting ketika membantu Portugal di beberapa kejohanan besar termasuk Piala Dunia.

Jika berjaya direalisasikan, perpindahan Fernandes ke Al Nassr bakal menyaksikan Ronaldo sekali lagi bergandingan dengan seorang pemain Portugal berprofil tinggi selepas kelab itu sebelum ini turut membawa masuk beberapa bintang antarabangsa. – AGENSI/UTUSAN

The post Ronaldo pujuk Fernandes sertai Al Nassr appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved