EPL: Guimaraes selamatkan maruah Arsenal

Football
10 Oct 2026 • 10:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Guimaraes selamatkan maruah Arsenal

LONDON – Arsenal menyerlahkan kebangkitan luar biasa untuk kembali berada di landasan tepat untuk melunaskan harapan pertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pada aksi di Stadium Emirates, sebentar tadi, anak buah Mikel Arteta dilihat pantas memberikan reaksi balas untuk menafikan impian Leeds United raih tiga mata.

Terdahulu, Leeds United berjaya tampil lebih tersusun hingga memberikan kesukaran buat Arsenal.

Selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama, pertahanan pelawat, James Justin hanya memerlukan 10 minit di separuh masa kedua untuk membuka jaringan perlawanan.

Arsenal yang dikejutkan dengan kekalahan 0-3 pada perlawanan terakhir menentang Brighton, bulan lalu pantas memberikan reaksi balas apabila hanya memerlukan tujuh minit untuk kembali menyamakan kedudukkan hasil ledakan Riccardo Calafiori.

Bintang baharu tuan rumah, Bruno Guimaraes yang dimasukkan bagi menggantikan Myles Lewis-Skelly juga berjaya memberikan impak segera.

Selepas dimasukkan pada minit ke-64, Guimaraes hanya memerlukan enam minit untuk menceriakan penyokong Arsenal apabila meledak gol kemenangan.

Selepas enam aksi awal, The Gunners kini berkongsi 15 mata dengan Manchester City yang masih kurang satu perlawanan dan hanya akan turun menentang Liverpool di Anfield, malam esok. – AGENSI

The post EPL: Guimaraes selamatkan maruah Arsenal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved