EPL: Arteta hadapi isu kecergasan pemain

FootballSports
10 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Arteta hadapi isu kecergasan pemain

LONDON – Masalah kecergasan pemain menjadi isu utama buat Arsenal yang bakal kembali menyambung aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United, malam ini.

The Gunners pastinya menjadi pasukan yang paling terkesan dengan tempoh tiga minggu rehat antarabangsa apabila enam pemain mereka mungkin tidak cergas untuk kembali menjadi taruhan pengurus pasukan, Mikel Arteta.

Selepas Declan Rice yang terpaksa menarik diri daripada skuad England, kini Piero Hincapie juga mengalami masalah sama, begitu juga dengan Kai Havertz yang terpaksa meninggalkan skuad Jerman lebih awal ekoran isu hamstring dialaminya semasa menentang Belanda.

Bagaimanapun, Arteta tampil dengan cara sendiri dengan menjadikan kekalahan di final Liga Juara-Juara, musim lalu sebagai pembakar semangat kepada baki pemain yang masih lagi cergas.

Walaupun mengakui kekalahan itu masih lagi memberi kesan, Arteta ingin melepaskan segala kekecewaan dengan mendapatkan keputusan lebih baik pada baki saingan selepas ini.

“Ia masih mempunyai ‘parut’, seperti yang Arsene Wenger katakan ia masih lagi menjadi ‘racun’. Tetapi, apa yang pasti ia menjadi pemangkin kepada saya dan semua orang untuk menjadikan Arsenal lebih baik.

“Jika kami mampu menjaga apa yang kami sedang bina, ia akan menjadikan sesuatu yang lebih baik,” katanya. – AGENSI

 

The post EPL: Arteta hadapi isu kecergasan pemain appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved