
LIVERPOOL – Faktor keletihan pemain menjadi punca kegagalan Liverpool beraksi dengan lebih baik hingga terpaksa akur terikat tanpa jaringan dengan Fulham di Anfield, kelmarin.
Menyedari situasi itu, pengurus The Reds, Andoni Iraola mencabar dan mahu para pemainnya segera menyesuaikan diri dan bukannya berterusan menjadikan faktor keletihan sebagai alasan.
“Pemain kami mengalami keletihan dan kami tidak boleh menyembunyikan perkara ini. Saya rasa tempoh pemulihan agak singkat dan perkara seperti ini pastinya akan berulang lagi selepas ini.
“Jadi, semestinya kami kena menyesuaikan diri dengan dengan keadaan seperti ini. Apa pun, kami sepatutnya mampu meraih kemenangan dalam perlawanan seperti ini.
“Adakalanya (kemenangan) hadir menerusi percubaan dari tepi padang atau kecemerlangan pemain namun, semua itu tidak berlaku dalam perlawanan ini,” katanya.
Bagaimanapun, Iraola masih lagi kebal tanpa sebarang kekalahan, tetapi tiga daripada empat aksi awal, menyaksikan pengurus itu terpaksa berpuas hati dengan tiga keputusan seri dengan Newcastle United, Nottingham Forest dan Fulham.
“Sejak daripada perlawanan pertama, saya fikir kami berdepan masalah untuk mencipta peluang, menjaringkan gol dan gagal tampil lebih berbeza ketika melakukan serangan,” katanya. – AGENSI
The post EPL: Iraola bosan alasan penat appeared first on Kosmo Online.



