EPL: Iraola enggan terbuai rekod cemerlang

Football
1 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Iraola enggan terbuai rekod cemerlang

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola tidak mahu terbuai dengan rekod peribadinya yang dianggap cukup bertuah setiap kali turun menentang Arsenal apabila kedua-dua pasukan bakal berentap di Anfield tengah malam ini.

Liverpool hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan terakhir mereka menentang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), iaitu kemenangan 1-0 di laman sendiri pada musim lalu.

Namun, Iraola mempunyai rekod cemerlang menentang The Gunners ketika mengendalikan Bournemouth apabila berjaya memenangi tiga daripada empat pertemuan terakhir.

“Memang benar saya mempunyai rekod keputusan yang baik bersama Bournemouth ketika menentang mereka, tetapi perkara itu tidak membawa sebarang makna besar.

“Ini merupakan pasukan yang sama sekali berbeza, dengan kumpulan pemain yang berbeza dan berada dalam situasi yang berbeza. Kami tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama seperti ketika bersama Bournemouth untuk menentang Arsenal.

“Akhirnya, perlawanan ini akan ditentukan oleh kemampuan memenangi perebutan bola satu lawan satu, berlari lebih banyak daripada mereka, memenangi pertarungan dalam situasi bola mati serta perkara-perkara lain yang perlu kami kuasai apabila berdepan Arsenal,” kata Iraola.

Dalam pada itu, Iraola enggan terjebak dengan tanggapan pasukan itu mampu menjadi pencabar takhta kejuaraan apabila sekiranya mereka menang ke atas Arsenal, The Reds akan merapatkan kedudukan menerusi perbezaan tiga mata dengan pasukan itu.

Iraola berkata, saingan EPL masih berada di awal musim dan mereka tidak boleh meletakkan sasaran terlalu awal, sebaliknya perlu memastikan pasukan menampilkan rentak konsisten.

“Kita masih berada di awal musim, jadi apa yang penting sekarang adalah fokus satu demi satu perlawanan. Kami perlu bermain sehingga separuh musim terlebih dahulu jika mahu fikirkan mengenai kedudukan. – AGENSI

The post EPL: Iraola enggan terbuai rekod cemerlang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved