EFL: Liverpool nikmati magis Iraola

FootballSports
30 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EFL: Liverpool nikmati magis Iraola

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola mula menyerlahkan impak sebenar buat pasukan itu selepas mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Liga Inggeris dengan menyingkirkan Chelsea, awal pagi semalam.

Pada aksi awal pagi semalam, The Reds menang 6-5 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada tempoh 120 minit permainan.

Iraola jelas gembira dengan apa yang dijelmakan oleh anak buahnya terutamanya selepas mampu mengatasi cabaran sukar sepanjang saingan EFL musim ini dan dijadualkan bertemu bekas pasukannya, Bournemouth di pentas suku akhir.

“Sejujurnya, saya ada bercakap mengenainya (bersama pegawai media) dan saya katakan, perkara yang saya tidak mahu adalah menentang Bournemouth. Ia aksi yang cukup istimewa dan mereka juga cukup mengenali saya.

“Namun, inilah realiti yang kami kena terima. Berdasarkan aspek undian, kami mungkin tidak bernasib baik. Kami sudah pun menentang Tottenham Hotspur, Chelsea dan selepas ini akan bertemu Bournemouth,” katanya.

Pada aksi semalam, Joe Gomez muncul wira Liverpool selepas tenang menyempurnakan sepakan penalti terakhir sekali gus mengecewakan The Blues yang dihimpit kecewa selepas kegagalan Valentín Barco, Emmanuel Emegha dan Wesley Fofana menyempurnakan tendangan.

Selepas memulakan kempen musim ini dengan agak perlahan, Iraola kini berpeluang untuk mengukuhkan namanya sebagai pengurus The Reds sekiranya mampu menewaskan Arsenal, Isnin ini pada pertemuan Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

 

The post EFL: Liverpool nikmati magis Iraola appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved