EPL: Liverpool lega kutip tiga mata pertama

Football
6 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Liverpool lega kutip tiga mata pertama

IPSWICH – Liverpool akhirnya mencatat kemenangan sulung dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menewaskan Ipswich Town 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Portman Road awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, penye­rang The Reds, Alexander Isak memastikan Liverpool pulang ke Anfield dengan tiga mata berharga apabila menjaringkan kedua-dua gol tersebut hasil umpanan Cody Gakpo.

Pengurus Liverpool, Andoni Iraola menyuarakan rasa gembira dan lega atas kemenangan yang diraih, terutamanya selepas mereka sekadar mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Sudah tentu saya sa­ngat gembira dengan kemena­ngan hari ini (semalam) kerana kami memerlukan tiga mata itu. Saya juga berpuas hati dengan prestasi pasukan, terutamanya ketika separuh masa pertama.

“Kami memberi tekanan kepada pasukan lawan selain memulakan perlawanan dengan agresif. Saya fikir kami sudah belajar sesuatu dan menjadikan dua perlawanan sebelum ini sebagai pengajaran berguna,” katanya.

Sementara itu, Iraola turut memuji peranan besar dimainkan Isak sepanjang perlawanan tersebut selain menyifatkan, beliau tidak hanya menagih jari­ngan semata-mata daripada penyerang Sweden itu.

“Saya tidak mengharapkan jaringan gol semata-mata daripada Isak kerana kami bermain sebagai satu pasukan. Apabila semua pemain saling membantu, peratusan untuk menjaringkan gol adalah lebih tinggi,” ujarnya. – AGENSI

The post EPL: Liverpool lega kutip tiga mata pertama appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved