EPL: Manchester United setaraf Barcelona

LocalFootball
8 Nov 2026 • 8:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Manchester United setaraf Barcelona

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery menyifatkan Manchester United berada pada tahap sama seperti Barcelona menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.

Menurut Emery, reputasi dan kualiti dimiliki The Red Devils sangat hebat walaupun bergelut pada musim ini sekali gus meramalkan perlawanan yang sukar di Old Trafford nanti.

“Pada malam ini, saya jangka United bakal beraksi pada tahap sama seperti Barcelona. Inilah persediaan yang cuba kami terapkan kepada pemain kerana perlawanan itu sudah tentu sangat mencabar,” katanya.

Emery turut mengakui rekod buruk Villa di Old Trafford menjadi satu lagi faktor yang perlu diberi perhatian apabila mereka gagal mencatat kemenangan di gelanggang itu sepanjang empat tahun lalu.

“Mereka adalah United dan kami mempunyai rekod yang sangat buruk. Kami tidak pernah menang satu perlawanan pun di sana dalam tempoh empat tahun dan saya jangka aksi yang sukar buat kami.

“United adalah sebuah kelab hebat walau apa yang berlaku dan mereka sepatutnya mampu kembali menemui konsistensi,” katanya. – AGENSI

The post EPL: Manchester United setaraf Barcelona appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved