EPL: Maresca sudah pintas rekod Guardiola

FootballSports
19 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Maresca sudah pintas rekod Guardiola

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Enzo Maresca mengakui gembira apabila berjaya mencipta sejarah baharu di Liga Perdana Inggeris sebagai seorang pengurus baharu.

City mencatat kemenangan berturut-turut dakam tujuh perlawanan untuk melebarkan jurang enam mata di puncak liga menerusi kemenangan sukar 3-2 ke atas Ipswich Town di Etihad kelmarin.

Maresca menjadi pengurus pertama dalam sejarah yang memenangi tujuh perlawanan liga pertamanya bersama sebuah kelab, sekali gus mengatasi rekod Pep Guardiola, Carlo Ancelotti dan Ole Gunnar Solskjær yang masing-masing memenangi enam perlawanan pertama mereka bersama pasukan masing-masing.

“Pertama sekali, saya sangat gembira kerana dalam dunia bola sepak profesional ini, kemenangan adalah perkara yang paling penting.

“Kami berjaya memenangi tujuh perlawanan berturut-turut dan perkara yang paling menggembirakan saya ialah melihat para pemain bekerja keras setiap hari serta perkembangan yang mereka tunjukkan.

“Kali ini, saya fikir kami mengawal permainan, mencipta peluang dan bertahan dengan baik ketika tidak menguasai bola. Kami sedang melakukan tugas dengan baik dan saya rasa itulah perkara yang paling penting,” katanya.

Para pemain City mungkin tidak menerima banyak pujian meskipun mencatat permulaan musim yang begitu cemerlang, namun Maresca menegaskan bahawa beliau dan barisan kejurulatihannya sentiasa memberikan penghargaan kepada para pemain.

“Mereka sepatutnya mengambil berat tentang pandangan orang di dalam kelab dan pandangan saya terhadap mereka, termasuk pujian yang saya berikan.

“Mereka tidak perlu terlalu memikirkan pandangan orang luar yang mengkritik mereka kerana mereka tahu ada pihak yang cuba menghakimi mereka dan mahu mencetuskan masalah.

Bagaimanapun, Maresca mendedahkan kemungkinan kecederaan yang melibatkan Erling Haaland, Matheus Nunes, Mateo Kovačić, Nico O’Reilly dan Antoine Semenyo. – AGENSI

 

The post EPL: Maresca sudah pintas rekod Guardiola appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved