EPL: O’Reilly kembali, Doku kekal tersisih

Football
13 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: O’Reilly kembali, Doku kekal tersisih

MANCHESTER – Manchester City berkemungkinan besar akan menyambut semula kepulangan Nico O’Reilly dalam skuad menjelang perlawanan derbi Manchester hujung minggu ini.

Pemain pertahanan kiri itu tidak beraksi sejak kemenangan 4-1 ke atas Crystal Palace, selepas terpaksa diketepikan ketika City meraih kemenangan 1-0 ke atas Coventry City pada hujung minggu lalu.

Pemain antarabangsa England itu mengalami masalah ketika sesi pemanas badan menyebabkan pengendali City, Enzo Maresca terpaksa melakukan pertukaran segera.

Situasi itu menyaksikan Enzo Fernandez membuat penampilan sulung lebih awal daripada yang dijangkakan selepas perpindahannya dari Chelsea.

Pemain Argentina itu kemudiannya dengan peranan pemain tengah bertahan ketika kemenangan 2-0 ke atas Porto dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu apabila membentuk gandingan bersama Ayyoub Bouaddi.

O’Reilly yang telah beraksi di posisi bek kiri dan juga di bahagian tengah di bawah kendalian pengurus baharu itu musim ini bersedia untuk kembali beraksi menjelang kunjungan City ke Old Trafford.

“Dia 100 peratus sudah bersedia untuk diturunkan,” kata Maresca mengenai pemain berusia 21 tahun itu yang sebelum ini mengalami masalah kecil pada bahagian belakang badan.

Bagaimanapun, terdapat berita kurang menggembirakan mengenai pemain sayap Belgium, Jeremy Doku, yang masih bergelut dengan masalah betis yang dialaminya ketika kekalahan dalam Perisai Komuniti menentang Arsenal.

Pemain tersebut dikeluarkan pada separuh masa ketika perlawanan di Cardiff dan dilihat meletakkan ais pada kakinya di bangku simpanan ketika pasukannya tewas 0-3 kepada juara EPL itu.

“Jeremy, saya rasa dia memerlukan beberapa hari lagi,” kata pengurus dari Itali itu, sekali gus mengesahkan bahawa Doku akan terlepas aksi derbi yang akan berlangsung Ahad ini.

City telah memenangi kesemua empat perlawanan mereka setakat ini di bawah kendalian Maresca, dengan rekod 100 peratus dalam Liga Perdana Inggeris serta kemenangan pada perlawanan pembukaan mereka dalam Liga Juara-Juara. – AGENSI

 

The post EPL: O’Reilly kembali, Doku kekal tersisih appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved