EPL: Salam pengadil punca Slot dilayang kad merah

FootballSports
13 Feb 2025 • 1:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Arne Slot

PENGURUS Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park, awal pagi tadi.

Pergaduhan tercetus apabila pemain tengah Everton, Abdoulaye Doucoure, meraikan meraikan keputusan itu di hadapan penyokong Liverpool selepas jaringan penyamaan James Tarkowski buat tuan rumah pada minit ke-8 masa kecederaan memastikan pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut berkesudahan 2-2.

Pemain gantian Liverpool, Curtis Jones, yang panas hati dengan kelakuan Doucoure lantas mencengkam pemain lawan itu hingga mencetuskan ketegangan yang melibatkan pemain, jurulatih, petugas keselamatan termasuk pegawai polis.

Selepas keadaan bertukar reda, Doucoure dan Jones dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil, Michael Oliver, sekali gus dibuang padang.

Slot turut dilayangkan kad merah berikutan berjabat tangan dengan Oliver secara agresif, malah pembantu slot, Sipke Hulshoff, turut menempah nasib serupa.

Ia menjadi penamat yang tepat untuk derby Merseyside ke-120 dan terakhir itu yang dilangsungkan di Goodison Park memandang Everton akan berpindah ke stadium baru musim depan. - Stadium Astro/ Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved