EPL: Skuad Liverpool perlukan ‘pembedahan’

Football
9 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Skuad Liverpool perlukan ‘pembedahan’

LIVERPOOL – Legenda Liverpool, Steven Gerrard mengakui teruja dengan kredibiliti pengurus baharu pasukan itu, Andoni Iraola menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula 22 Ogos ini.

Walaupun gembira dengan pelantikan Iraola yang menggantikan Arne Slot, namun Gerrard menyifatkan The Reds masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pencabar-pencabar liga yang lain.

Justeru, bekas pemain tengah berpengaruh itu menggesa Liverpool supaya tidak takut untuk terus berbelanja bagi mendapatkan khidmat pemain-pemain terbaik dalam usaha mewujudkan skuad yang seimbang.

“Saya gembira dengan kehadiran beliau (Iraola) tetapi kita semua perlu sedar bahawa cabaran sedang menantinya di hadapan. Pada saingan musim lalu, Liverpool gagal untuk mempamerkan prestasi sebenar.

“Bagi saya, skuad ini memerlukan ‘pembedahan’ kerana buat masa sekarang, ia kurang seimbang. Liverpool perlu mendapatkan pemain berkualiti selain memastikan pemain-pemain penting kekal cergas,” katanya.

Tambah Gerrard, aksi The Reds ketika di bawah bimbingan Slot musim lalu langsung tidak melambangkan Liverpool yang sebenar dan beliau menyatakan sokongan penuh kepada Iraola untuk mengubah keadaan itu.

“Memang masih banyak kerja yang perlu dilakukan oleh Liverpool sebelum saingan musim baharu membuka tirai. Dari segi rasa teruja, saya berada 100 peratus di belakang pengurus dan pasukan,” ujarnya. – AGENSI

The post EPL: Skuad Liverpool perlukan ‘pembedahan’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved