EPL: United tidak hubungi mana-mana calon

Football
30 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: United tidak hubungi mana-mana calon

MANCHESTER – Pihak pengurusan dan para pemain Manchester United dilapor masih memberikan sokongan penuh untuk menyaksikan pengendali pasukan, Michael Carrick terus kekal mengemudi pasukan itu.

Keputusan seri 1-1 menentang Fulham sebelum rehat antarabangsa menyaksikan United kini mencatat permulaan musim terburuk dan mereka perlu segera bangkit apabila kembali beraksi menentang Tottenham Hotspur di laman sendiri pada 10 Oktober.

Memandangkan Spurs berada di tangga tercorot selepas permulaan musim yang lebih mengecewakan, pertembungan di Old Trafford itu merupakan peluang besar buat United untuk menghidupkan semula kempen mereka ketika memasuki tempoh yang amat penting.

Ketika mengulas mengenai spekulasi dan khabar angin berkaitan kedudukan pengurus di Theatre of Dreams, pakar perpindahan, Fabrizio Romano menegaskan bahawa tiada perubahan berlaku berhubung masa depan Carrick.

“Manchester United tidak mengadakan berunding atau perbualan secara langsung dengan mana-mana jurulatih atau wakil mereka. Jadi, buat masa ini semuanya benar-benar senyap dan keadaan ini akan kekal begitu untuk beberapa minggu dan bulan akan datang.

“Namun, sudah tentu, kita berada dalam dunia bola sepak yang berasaskan keputusan. Keputusan sentiasa penting, tetapi United mengekalkan keyakinan mereka terhadap Michael Carrick,” katanya.

Walaupun permulaan musim mereka kurang memberangsangkan, Romano mendakwa bahawa pihak pengurusan United kekal yakin terhadap Carrick buat masa ini.

“Sedikit masa lagi, Carlos Baleba akan mula beraksi. Bahagian tengah pasukan telah dirombak pada musim panas, jadi apabila anda membawa masuk tiga pemain baharu di posisi penting seperti bahagian tengah, anda memerlukan sedikit masa untuk membentuk keserasian,” ujarnya. – AGENSI

The post EPL: United tidak hubungi mana-mana calon appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved