EPL: VAR rosakkan hasrat Iraola

Football
10 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: VAR rosakkan hasrat Iraola

LONDON – Pengendali Liverpool, Andoni Iraola mengakui kegembiraan meraih kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin sedikit terencat.

Walaupun kembali menemui kemenangan, Iraola berang dengan Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana menghadiahkan sepakan penalti buat Palace hingga menggagalkan hasrat The Reds menamatkan perlawanan tanpa bolos.

“Saya sangat kecewa kerana insiden di dalam kotak penalti kami dianggap sebagai penalti, tetapi di kotak penalti lawan, keputusan berbeza pula dibuat. Saya tahu ketika itu kami sudah mendahului 3-0 dan ia berlaku pada minit ke-95, tetapi saya tetap sangat kecewa.

“VAR mengambil masa lama. Jelas sekali dalam EPL, menamatkan perlawanan tanpa bolos adalah sesuatu yang agak mahal dan kami sebenarnya mahukan kemenangan 3-0,” katanya.

Ketiga-tiga gol The Reds dihasilkan oleh Alexis Mac Allister, Florian Wirtz dan Alexander Isak manakala Eddie Nketiah menyempurnakan penalti untuk jaringan tunggal Crystal Palace.

Bagaimanapun, Iraola menjelaskan perkara lebih utama adalah kemampuan pasukan untuk mendapatkan tiga mata selepas dipalit kekalahan kepada pendahulu liga, Arsenal dan Fenerbahçe di penas Liga Juara-Juara.

“Pada separuh masa pertama, kami sedikit bergelut dari segi pertahanan, tetapi selepas itu kami berjaya mengawal permainan dengan baik. Walaupun saya masih kecewa dengan penalti pada penghujung perlawanan, kemenangan ini sangat penting buat kami sebelum rehat antarabangsa,” katanya. – AGENSI

The post EPL: VAR rosakkan hasrat Iraola appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved