“Era Privasi Saya Kini Penuh Kasih & Kebaikan, Jangan Biarkan Negatif Dalam Hidup Bunuh Keindahan Sekeliling” – Vivy Yusof

18 Apr 2025 • 10:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, usahawan yang dikenali ramai iaitu Datin Vivy Yusof memaklumkan dirinya pelbagai mesej positif daripada pengikutnya yang kini merindui perkongsiannya di platform media sosial.

Lebih bahagia dengan kehidupan privasi

Melalui hantaran Instagram Stories Vivy, dia menitipkan pesanan buat orang ramai untuk tidak terlalu memandang ke arah negatif dalam kehidupan.

Kata pemilik brand FashionValet itu, kehidupan privasi yang dilalui olehnya ketika ini sangat menenangkan dan penuh dengan kasih sayang.

image is not available

Era privasi saya kini penuh dengan kasih sayang dan kebaikan. Jangan biarkan perkara negatif yang berlaku dalam hidup anda membunuh keindahan di sekeliling.

Buka akaun baru, mulakan ‘chapter’ baru dalam hidup

Dalam pada masa yang sama, Vivy turut berkongsikan akaun baru yang dibuat olehnya sebagai permulaan ‘chapter’ baharu dalam hidupnya.

Sekadar info, Vivy Yusof lebih ‘tertutup’ dalam berkongsikan hal peribadinya selepas terpalit dengan kontroversi pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam e-dagang.

image is not available 3 months ago

"Ada Sesiapa Nak Bantu Saya.." - Vivy Yusof Luah Hasrat Mahu Lancarkan Aplikasi Sedekah?

View Original Article