Erdogan Dipilih Semula Sebagai Presiden Turkiye

29 May 2023 • 9:23 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Erdogan mempertahankan jawatan presiden selepas mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu dalam pilihan raya penentu yang diadakan pada Ahad. - Gambar dari Twitter @QudsNen

ANKARA - Recep Tayyip Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turkiye, kata pengerusi Majlis Pilihan Raya (YSK), Ahmet Yener, pada Ahad.

Beliau berkata Erdogan mempertahankan jawatan presiden selepas mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu dalam pilihan raya penentu yang diadakan pada Ahad. 

Menurut keputusan tidak rasmi, Erdogan memperoleh 52.14 peratus undi manakala Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian.

Setakat ini 99.43 peratus peti undi telah dibuka.  

Erdogan dalam ucapannya berkata 85 juta rakyat Turkiye adalah pemenang dalam pilihan raya negara yang berakhir pada Ahad.

Lebih 64.1 juta orang telah berdaftar untuk mengundi, termasuk lebih 1.92 juta pengundi luar negara dan hampir 192,000 peti undi telah disediakan. - Bernama-Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved