PMX ucap tahniah kepada Erdogan

Politics
29 May 2023 • 12:50 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pemimpin dunia yang lain mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan yang telah memenangi pilihan raya penentu pada Ahad.

Anwar dalam ucapan tahniahnya berkata, Malaysia berharap dapat bekerjasama rapat dengan Turkiye untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala sedia ada.

“Tahniah kepada Tuan Yang Terutama Presiden Erdogan kerana dipilih sebagai Presiden ke-13 Republik Turkiye dalam pilihan raya presiden baru-baru ini”.

“Turkiye akan terus memainkan peranan membina sebagai pemain serantau dan global yang penting,” kata Anwar di akaun Twitternya.

Menurut keputusan rasmi, Erdogan memperoleh 52.12%, manakala Kilicdaroglu mendapat 47.88% undian.

image is not available
Kredit TRTWorld

Pada pengundian pusingan pertama 14 Mei lalu, Erdogan memperoleh kelebihan hampir 5 mata ke atas Kilicdaroglu tetapi gagal mencapai 50% undian yang diperlukan untuk menang.