Untuk dua hari kebelakangan ini, pada 8 dan 9 April 2025, perkhidmatan kereta api KLIA Express dan KLIA Transit telah mengalami isu gangguan perkhidmatan sepanjang dua hari tersebut, dan insiden tersebut berlaku kerana bukan satu, tetapi sebanyak empat insiden dimana kabel elektrik di sepanjang laluan KLIA Ekspres tersebut telah dicuri.
Insiden pertama berlaku pada 8 April pada jam 6.20 pagi di KM48.5 diantara Stesen Salak Tinggi dan Teminal 1 KLIA. Insiden kedua berlaku pada petang yang sama pada jam 5.52 petang di KM43.1 diantara Stesen Salak Tinggi dan Cyberjaya/Putrajaya dan ini menyebabkan kelewatan 7-10 minit untuk semua tren-tren di laluan tersebut.
Our KLIA Ekspres and KLIA Transit Trains have resumed to normal services. We’d like to thank all our passengers for their patience as we worked to implement immediate measures to restore the services. pic.twitter.com/CxktehPwYg
Tidak cukup dengan itu, insiden ketiga dan keempat berlaku pada keesokan harinya, pagi 9 April 2025 di sekitar kawasan-kawasan yang sama dan memaksa Express Rail Link Sdn Bhd untuk menggunakan khidmat bas untuk menghantar penumpang ke destinasi-destinasi mereka di KL Sentral ataupun KLIA 1 dan KLIA 2.
Walaupun dengan insiden ini, KLIA Ekspres mengatakan bahawa perkhidmatan kereta api mereka sudah dipulihkan sepenuhnya pada petang semalam. Mereka dilaporkan sedang bekerjasama dengan pihak polis untuk mencari siapakah dalang di sebalik insiden kecurian kabel ini.


