Kes rogol tak hanya di Kelantan, ibu bapa juga perlu pantau anak2 -Menteri Besar

LocalPolitics
10 Apr 2025 • 3:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Susulan laporan peningkatan kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan, Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menegaskan bahawa isu tersebut bukan hanya berlaku di negeri itu, malah turut membabitkan negeri lain.

image is not available

Menteri Besar dedah kerajaan tak pandang ringan isu tersebut

Memetik laporan dari Bernama, beliau menyatakan kerajaan negeri tidak memandang ringan gejala sosial yang berlaku dan menegaskan terus berusaha membendungnya melalui pelbagai pendekatan pendidikan di masjid, surau dan sekolah.

“Kita berusaha sebaik mungkin dalam konteks bidang kuasa kerajaan. Namun, jika ibu bapa tidak memainkan peranan mereka memantau anak masing-masing, usaha ini sukar untuk berjaya.
“Setiap individu wajib menjaga diri dan ahli keluarga mereka daripada api neraka.
Maka kita berharap semua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin,” katanya.

image is not available

Menteri Besar nafi kerajaan lepas tangan

Beliau turut menafikan kerajaan negeri lepas tangan, sebaliknya komited membincang dan mencari jalan terbaik menangani isu sosial.

“Kita harap ibu bapa lebih peka dan memainkan peranan lebih besar dalam mendidik anak-anak, memandangkan masa mereka lebih banyak dihabiskan di rumah.

Ibu bapa wajib ambil tahu dan pantau pergerakan anak-anak,” ujarnya.

image is not available

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan sepanjang 2024, berbanding 206 kes pada 2023 -peningkatan sebanyak 22.3 peratus.

Kebanyakan kes pula melibatkan hubungan atas dasar suka sama suka.

Sumber: Bernama