Erma Fatima Akhirnya Beri Respon Isu Rosyam Nor Cadangkannya Kahwin Dengan Fattah Amin

EntertainmentLifestyle
13 Jan 2025 • 9:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Erma Fatima

Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima tampil memberikan reaksi terhadap cadangan Datuk Rosyam Nor yang mengusiknya untuk berkahwin dengan pelakon popular, Fattah Amin.

Erma Fatima beri respon terhadap cadangan Rosyam Nor

image is not available

Menerusi satu video di Instagram milik adiknya, Datuk Paduka Umie Aida, Erma telah memberi respon tentang perkara itu.

Nafsu saya sudah tertutup untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki dalam dunia ini. Tak kisahlah lelaki itu ‘hot’ atau tidak. Harap maaf ya. Simpan sahaja niat baik kau, Rosyam.

Rosyam Nor usik Fattah Amin lepas jadi duda

image is not available

Sebelum ini, Rosyam mencetuskan gelak tawa apabila mengusik Fattah Amin, yang kini bergelar duda selepas bercerai dengan bekas isterinya, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Dalam video yang tular itu, Rosyam berseloroh mencadangkan Erma sebagai pasangan paling sesuai untuk Fattah.

Aku rasa, orang paling sesuai dengan kau ialah Erma Fatima. Dia tak boleh beranak, jadi kau tak payah pening kepala nak hantar anak ke sekolah.

Tambahnya lagi, jika Fattah berkahwin dengan Erma, dia secara automatik akan menjadi abang ipar kepada Umie Aida.

#OhmediaNasihat

Perkahwinan adalah satu keputusan besar dalam hidup. Jangan terburu-buru atau merasa tertekan dengan kata-kata orang lain. Setiap individu berhak memilih jalan hidup yang mereka rasa paling bahagia dan tenang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved