Ernie Zakri Beri Respon Sempoi Bila Ada Netizen Cakap Hanya Raih Undi Dari Keluarga Untuk #ABPH35

Entertainment
21 Jun 2023 • 5:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biarpun diri jarang atau bebas daripada sebarang kontroversi, sebagai figura awam, memang dirinya tak terlepas daripada kecaman dan haters. Penyanyi yang berbakat besar, Ernie Zakri juga tidak terkecuali.

Baru-baru ini, namanya telah tercalon antara Top 5 untuk kategori Penyanyi Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35), pastinya khabar berita itu dikongsikan di akaun media sosialnya termasuklah di Twitter.

image is not available

“Mesti ahli keluarga yang undi”

Walau bagaimanapun, khabar itu telah membuatkan seorang individu ini di media sosial rasa kurang senang dan melontarkan kata-kata negatif kepada penyanyi lagu Gundah ini.

Individu tersebut telah mempertikaikan pencapaian yang diraih penyanyi itu dan mengatakan ia adalah hasil daripada undian ahli keluarganya sahaja. Dakwanya lagi, orang ramai lebih gemar mengundi Aina Abdul berbanding dirinya.

image is not available

Walau bagaimanapun, Ernie yang terkenal dengan perwatakannya yang agak manja dan mesra itu tidak melatah, dia lebih berfikiran terbuka dan profesional dalam menjawab dakwaan netizen itu.

image is not available

Ramai netizen yang merupakan peminat Ernie Zakri tampil menunjukkan tanda sokongan terhadap penyanyi ini, bahkan perkongsian ini juga turut tular dan mereka mengecam individu tersebut.

Apapun, siapa yang kita minat dan siapa yang kita suka tak perlulah sampai nak menjatuhkan orang lain.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.