Ernie Zakri Dikatakan Hamil Anak Kedua?

Entertainment
5 May 2023 • 1:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Satu spekulasi mula timbul pada penyanyi Ernie Zakri, selepas didakwa oleh warga netizen yang dia sedang hamil anak kedua.

Dakwaan terhadap penyanyi bersuara lunak itu timbul apabila Ernie memuat naik foto di laman Instagram miliknya.

Menerusi foto di laman Instagramnya, ia memaparkan Ernie sedang bergambar sambil menggayakan busana serba putih.

Walau bagaimanapun, foto tersebut telah menarik perhatian warga netizen apabila ada yang meninggalkan komen dengan bertanya adakah penyanyi berusia 31 tahun itu sedang berbadan dua.

image is not available

Penyanyi lagu Gundah itu, terus tampil menafikan dakwaan yang dia sedang hamil anak kedua dengan memberi penjelasan dan membuat ciapan di Twitternya.

image is not available

Untuk info tambahan, Ernie Zakri telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Syamel pada 26 Mac 2021dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha, berusia setahun.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.