Ernie Zakri kecewa, lagu tulisan suami gagal ke AJL -“Kita kehilangan 1 lagu yang bagus”

LocalEntertainment
16 Nov 2024 • 1:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ernie Zakri kecewa

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri kecewa apabila lagu tulisan suaminya, Syamel gagal ke Anugerah Juara Lagu Ke-39.

Menerusi ciapan yang dibuat Ernie di platform X, Ernie menyatakan bahawa lagu berjudul Sebalik Tabir itu ditulis khusus buat dirinya dan disampaikan oleh Syamel.

image is not available

Ernie Zakri kecewa, lagu bagus tapi tak layak ke AJL

Menurut pemilik nama sebenar, Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, kita kehilangan satu lagu yang cukup bagus dan apa yang dinyatakan bukanlah mahu berpihak kepada suami kerana ia merupakan fakta sebenar.

“Dia (Syamel) menulis lagu tersebut untuk saya. Sayang, kita kehilangan satu lagu yang bagus. Saya bukan mahu menjadi bias. Tapi ini adalah fakta,” tulisnya ringkas.

Ernie Zakri kecewa lagu tak layak, tapi tetap bangga dengan Syamel

Walau bagaimanapun, menerusi hantaran yang dibuat Ernie di Instagram, dia menyatakan yang kadangkala perjalanan sesuatu hal itu lebih penting daripada destinasinya.

Ujarnya, setiap apa yang dilakukan suami merupakan satu inspirasi buat dirinya setiap hari dan berharap agar apa yang terjadi menjadi permulaan untuk Syamel terus bersinar di masa hadapan.

“Sayang, ini hanyalah permulaan cerita awak yang luar biasa. Saya sentiasa bangga dengan awak selalu,” kata Ernie.

image is not available

Peminat ingat lagu Belakang Tabir layak ke final

Perkongsian yang dibuat oleh penyanyi tersebut turut disetujui oleh para peminat apabila merasakan lagu Belakang Tabir sangat layak untuk ke AJL 39.

Namun begitu, keputusan muktamat telah dibuat dan masing-masing akur dengan apa yang telah dinyatakan pihak juri.

image is not available

Mungkin rezeki tahun hadapan

image is not available

Muzik kan subjektif

image is not available

InsyaAllah ada yang manis2 buat Syamel

image is not available

Walau bagaimanapun, lagu nyanyian Ernie Zakri berjudul Aura layak layak berentap bersama 10 lagu lain untuk AJL musim kali ini.

Sumber: X ernizakri, Instagram erniezakri