Ernie Zakri Mahu Cipta Kenangan Bersama Peminat Malam Konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert - "Saya Tak Nak Janji Yang Besar-Besar"

24 Oct 2024 • 12:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Ernie Zakri tidak mahu menjanjikan "bulan bintang" pada malam  solo konsertnya pada Januari depan.


Apa yang penting, beliau mahu semua peminatnya pada malam yang menyaksikan Konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert terhibur dan berpuas hati.
 
Keutamaan itu kata Erni adalah segalanya bagi dia untuk peminat.
 

"Saya sebenarnya tidak mahu mejanjikan yang besar-besar.

 
"Apa yang saya harap dan mahukan ialah kenangan malam itu dan saya mahu kongsi journey konsert Aura itu nanti.saya nak create memories bersama dan share journey Aura pada malam itu bersama semua peminat yang hadir.
 
"Aura itu  bukan sahaja cerita mengenai saya sahaja.. tetapi mengisahkan perjalanan semua orang..perjalanan semua wanita.
 

"Jadi kepada sesiapa yang dah beli tiket Ernie jangan lupa datang saksikan persembahan istimewa Ernie,"katanya.

 
Sebelum ini kecoh diperkatakan mengenai tiket konsert Aura licin dalam tempoh 7 jam.
 
Konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert bakal berlangsung pada 25 Januari tahun depan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).