Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Seram Menginap Di Sebuah Hotel Di Kuching

15 Feb 2024 • 8:26 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Agak-agak hotel mana tu eh

Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Seram Menginap Di Sebuah Hotel Di Kuching. Sama ada anda perasan atau tidak, hampir semua hotel menyimpan kisah mistik tersendiri. Maklumlah, tempat-tempat penginapan ini biasanya cuma akan dihuni ketika musim cuti dan hujung minggu sahaja.

Bak kata orang, jika sesebuah bilik, rumah atau bangunan itu sudah ditinggalkan kosong selama 40 hari sekurang-kurangnya, ia kemudian akan dihuni makhluk halus seperti jin.

image is not available
Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Seram Menginap Di Sebuah Hotel Di Kuching. Kredit: Tiktok Rocketfuel

Baru-baru ini, penyanyi bersuara emas Ernie Zakri, berkongsi sebuah pengalaman seram ‘diganggu’ semasa bermalam di sebuah hotel di Kuching, Sarawak. Beliau menceritakan detik seram itu menerusi sebuah video di Tiktok semasa ditemu bual oleh wartawan.

Namun, lokasi hotel tersebut tidak didedahkan oleh beliau.

Menurutnya, beliau bersama seorang lagi rakannya, Maria telah menempah sebuah bilik hotel untuk berehat.

Berdasarkan ceritanya, Ernie dan rakannya dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari dalam bilik mereka.

Menurutnya, bunyi tersebut dikatakan datang dari almari yang seolah-olah dihempas kuat oleh ‘entiti’ tersebut.

Ernie yang pada ketika itu sedang tidur terus tersedar akibat daripada bunyi kuat dari almari terbabit.

Susulan itu, rakannya yang masih bangun meminta Ernie untuk bersangka baik dan memintanya meneruskan rehat beliau.

Musykil dengan kejadian itu, kedua-dua mereka menceritakan semula kisah tersebut keesokkan paginya.

Setelah diselidik rupa-rupanya hotel tersebut dikatakan menyimpan pelbagai kisah-kisah mistik.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/kisah-hantu-janet-dongeng-jururawat-yang-diculik-untuk-ritual-semah

https://www.iloveborneo.my/pernah-jadi-kebanggaan-wilayah-hotel-misteri-di-labuan-ini-dikatakan-berhantu