Eropah catat kematian pertama akibat cacar monyet

30 Jul 2022 • 10:52 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANKARA: Eropah mencatatkan korban pertama akibat penyakit cacar monyet selepas Sepanyol pada Jumaat mengesahkan satu kes kematian disebabkan wabak itu, lapor Agensi Anadolu.

Kes itu juga adalah kes kematian kedua yang dilaporkan di luar Afrika,

Menurut Kementerian Kesihatan Sepanyol 120 pesakit cacar monyet kini dimasukkan ke hospital, menyumbang 3.2 peratus daripada 3,750 pesakit.

Sepanyol setakat ini telah mengesan 4,298 kes yang disahkan daripada 17 komuniti berbeza.

Madrid mempunyai jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,656, diikuti Catalonia (1,406) dan Andalusia (498).

Terdahulu pada Jumaat, Brazil melaporkan kematian akibat cacar monyet iaitu kes pertama di luar Afrika.-Bernama