Eropah Catat Kematian Pertama Akibat Cacar Monyet

30 Jul 2022 • 11:19 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ANKARA, 30 Julai (Bernama) — Eropah mencatatkan korban pertama akibat penyakit cacar monyet selepas Sepanyol pada Jumaat mengesahkan satu kes kematian disebabkan wabak itu, lapor Agensi Anadolu.

Kes itu juga adalah kes kematian kedua yang dilaporkan di luar Afrika,

Menurut Kementerian Kesihatan Sepanyol 120 pesakit cacar monyet kini dimasukkan ke hospital, menyumbang 3.2 peratus daripada 3,750 pesakit.

Sepanyol setakat ini telah mengesan 4,298 kes yang disahkan daripada 17 komuniti berbeza.

Madrid mempunyai jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,656, diikuti Catalonia (1,406) dan Andalusia (498).

Terdahulu pada Jumaat, Brazil melaporkan kematian akibat cacar monyet iaitu kes pertama di luar Afrika.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved