Erra Fazira Dan Mr. E Bakal Umum Tarikh Nikah Esok?

EntertainmentLifestyle
1 Dec 2025 • 4:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Spekulasi kembali hangat apabila pelakon dan penyanyi tersohor, Erra Fazira, dikatakan bakal mengumumkan majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan Ezwan Zain seawal esok.

Menurut sumber, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 51, difahamkan akan berkongsi tarikh hari bahagianya itu serentak dengan pelancaran video muzik lagu ‘Cinta Abadi’ di sebuah hotel di Selangor.

Advertisement

View this post on Instagram

Menariknya, lagu Cinta Abadi yang pernah dirakamkan pada tahun 1994 ketika Erra bernaung di bawah Polygram Record dikatakan bakal menjadi lagu tema perkahwinannya.

Pilihan ini membuatkan ramai peminat teruja, apatah lagi lagu tersebut mempunyai nilai sentimental tinggi dalam perjalanan seni beliau.

Setakat ini, Erra belum mengesahkan apa-apa secara rasmi, namun sumber terdekat mendakwa pengumuman penting bakal dibuat esok sekali gus mencetuskan pelbagai tanda tanya dan rasa teruja dalam kalangan peminat yang sudah lama menantikan perkembangan hubungan Erra dan Ezwan.

Adakah esok hari bahagia itu bakal terungkai? Sama-sama kita tunggu.

image is not available
image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Nora Ariffin Dan Anak Tiri Saling Berbalas IG Story – “Nak Suami Kahwin Lain Secara Sah & Halal Atau Ada Hubungan Songsang?

The post Erra Fazira Dan Mr. E Bakal Umum Tarikh Nikah Esok? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.