Erra Fazira Makin Terbuka Kongsi Mengenai ‘Mr.E’, Peminat Doakan Yang Terbaik – “Asalkan Bahagia”

EntertainmentLifestyle
13 Jan 2025 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak lagi berselindung mengenai jejaka yang mencuri hati, primadona Erra Fazira semakin terbuka berkongsi mengenai Mr. E di media sosialnya.

Terbaru, pelakon jelita itu dilihat memuat naik foto momen melawat seorang rakan di sebuah pusat perubatan sambil ditemani jejaka berkenaan.

image is not available

Hantaran asal yang dimuat naik Mr. E atau nama sebenarnya Ezwan Zain itu menjadi tumpuan netizen terutamanya peminat pelakon yang terkenal dengan filem Sembilu itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mendoakan kebahagiaan Erra Fazira bersama Ezwan.

Asalkan Erra bahagia, kami akan sentiasa menyokong. Doakan yang terbaik untuknya.

Biarlah dia, asalkab bahagia. Semua orang berhak mengecap cinta.

Terdahulu, Erra memaklumkan dia ada mengenali seseorang namun meminta untuk diberikan ruang kerana bimbang ‘tidak menjadi’.

Ezwan pula dalam pada itu turut mengakui hubungan mereka masih dalam fasa mengenali diri masing-masing selain kedua pihak memilih untuk tidak menjelaskan status sebenar hubunga mereka kepada media.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

Berstatus Usahawan, Inikah 'Encik E' Yang Bertakhta Di Hati Erra Fazira?