Esma Daniel Terima Menantu, Bekas Isteri Sherie Merlis Turut Hadir Raikan Perkahwinan Anak 

Entertainment
28 Aug 2023 • 3:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Pelakon dan pengarah, Esma Danial atau Esma Daniel Md Isa, 54, meluahkan rasa syukur atas perkahwinan anak lelakinya, Harith Daniel dengan pasangannya Natasha Amanda, semalam. 

Perkahwinan yang berlangsung di Pecky Valley, Sandakan ini menyaksikan Harith bergelar suami yang sah dengan sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan.

Detik-detik bahagia tersebut dikongsi sendiri oleh Esma di akaun Instagram miliknya.

image is not available

Gambar di pelamin itu disertakan dengan kapsyen,“Syukur Alhamdulilah di atas izinnya anakku @harithdaniel_iam telah bernikah dengan tunangnya @natashaamanda_official dengan sekali lafaz oleh ayah pengantin perempuan @dr_mansor_osir.

“Tahniah anakku, selamat pengantin baharu. Semoga kekal hingga jannah. Amin Ya Rabbalamin.”

Turut kelihatan bekas isterinya Sherie Merlis bersama pelakon Hasnul Rahmat. Harith merupakan anak kedua hasil perkahwinannya Esma dan Sherie. 

Harith turut mengikut jejak langkah ayahnya dengan menglibatkan diri dalam seni lakonan, mewarisi bakat kedua ibu bapanya. - Getaran, 28 Ogos 2023