
“Isteri tak seceria seperti awal perkahwinan”
Sikap Isteri Berubah Lepas Bersalin, Ibu Paksa Anak Menantu Bercerai. Seorang ibu meminta anak lelakinya menceraikan isteri hanya kerana tidak mendapat layanan sewajarnya sedangkan emosi isterinya berada dalam keadaan tidak stabil disebabkan baru lepas bersalin.
Disebabkan bimbang keadaan isteri yang seperti meroyan, dia mengajak ibunya datang tinggal bersama.

“Apabila mak saya datang dan jaga dia dalam pantang selama tujuh hari, mak ada terasa dengan sikap isteri yang banyak diam.
“Disebabkan itu, dia meminta saya menceraikan isteri. Malam kejadian pula, isteri tiba-tiba menjerit dan menangis kerana tertekan.

“Bimbang menjadi lebih buruk, saya masuk ke bilik dan memarahinya tetapi dia marah saya balik,” katanya lagi.
Selepas kejadian tersebut, ibunya terus pulang ke kampung halaman.
Lebih menyedihkan apabila ibunya turut memberi kata dua sama ada memilih isteri mahupun dirinya.
Bukan itu sahaja, jika dia tidak bercerai, ibunya tetap dengan pendirian untuk tidak berbaik dengan isteri.
“Sekarang saya dilema. Saya perlu pilih isteri atau mak… isteri pun masih dalam pantang.

“Berbanding isteri, saya gemar menceritakan apa yang berlaku kepada keluarga sedangkan dia hanya mendiamkan diri,” katanya.
Dia yang tidak mengetahui punca masalah dalam hubungan turut beranggapan apa yang berlaku berpunca daripada sihir pemisah.


