Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) boleh dibuat mulai 29 Julai 2026 di pautan https://esmanj.bpijainj.my.
Rujuk maklumat penuh mengenai permohonan ini.

Pengenalan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ)
Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) ialah institusi pendidikan Islam di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang menawarkan gabungan kurikulum akademik kebangsaan dan pengajian agama Islam.
Ianya adalah satu-satunya pendidikan agama yang mempunyai asas dan bersistem serta tidak ada di negeri lain yang mana ia merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh kerajaan negeri melalui Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor.
Menurut sejarah, sekolah ini diwujudkan atas perintah Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anak beragama Islam di Johor.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 29 Julai 2026 – 8 September 2026.
Senarai Sekolah
Senarai sekolah ini di seluruh Negeri Johor adalah seperti berikut:
- Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)
- Maahad Tahfiz Negeri Johor, Johor Bahru (MTNJ)
- Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
- Sekolah Maahad Pontian, Pontian (SMP)
- Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
- Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan ke sekolah ini bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Sihat Tubuh Badan dan boleh berdikari.
- Lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.
- Permohonan hanya di dalam talian (online).
- Hanya calon yang melepasi saringan awal akan dipanggil menduduki ujian kelayakan.
Cara Permohonan
Permohonan mestilah dibuat secara atas talian menerusi pautan https://esmanj.bpijainj.my.
Untuk melengkapkan permohonan, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Keputusan Peperiksaan UPKK
- Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) / Setara – (Setengah Tahun Darjah 6)
- Penilaian Bidang Al-Quran
- Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 SAKJ / Setara
- Angka Giliran Peperiksaan SDEA 2026
- Keputusan PAJSK Tahun 5 Sesi 2025
Tarikh Penting
Sila ambil perhatian tarikh-tarikh penting sepanjang proses permohonan:

Ujian Kelayakan SMANJ
Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN di tempat yang akan ditetapkan.
Sila ambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting sepanjang tempoh permohonan.
MAKLUMAT BERKAITAN UJIAN KELAYAKAN
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;
1. Ujian Bertulis
- Dijalankan selama 1 jam 15 minit
- Merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.
2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.
3. Ujian Lisan
- Bacaan surah al Fatihah
- Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
- Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ)?SMANJ ialah institusi pendidikan Islam di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang menawarkan gabungan kurikulum akademik kebangsaan dan pengajian agama Islam.
Apakah sekolah yang ditawarkan untuk permohonan kemasukan Tingkatan 1 ini?Sebanyak 6 sekolah ditawarkan iaitu:
– Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)
– Maahad Tahfiz Negeri Johor, Johor Bahru (MTNJ)
– SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
– Sekolah Maahad Pontian (SMP)
– SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
– SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)
Calon mestilah lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.
Bagaimanakah cara untuk permohonan kemasukan ke sekolah ini?Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://esmanj.bpijainj.my/.
Adakah saya boleh membuat permohonan ini secara manual?Tidak. Semua permohonan adalah secara online sahaja.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://jainj.johor.gov.my/bahagian-unit/bpi/ atau hantar emel ke alamat spsmtbpijainj@gmail.com untuk membuat pertanyaan.
Baca juga: Perumahan Kasih Johor (2026) – Permohonan Baharu Mulai 3 Ogos






