“Esok aku datang untuk ajar cara ukur batang bendera yang betul” -Akmal Saleh

LocalPolitics
10 Aug 2025 • 4:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegur keras tindakan pihak yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik dan berjanji akan bersemuka dengan individu terlibat esok bagi menyelesaikan isu tersebut.

image is not available

Akmal Saleh nak ajar cara ukur tiang bendera

Menerusi hantaran yang dibuat di Facebook miliknya, beliau telah jemputan daripada sekretariat media sayap parti itu, pertemuan yang dinamakan Himpunan Maruah Tanah Airku akan berlangsung di sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas pada jam 12 tengah hari.

“Ukur batang tiang siap ambil gambar dan kibarkan bendera Malaysia yang terbalik ya. Tidak mengapa, esok aku datang untuk ajar cara ukur batang bendera yang betul ya. Tunggu tau…,” tulisnya.

image is not available

Akmal Saleh akan ke Pulau Pinang ajar pasang bendera

Dalam video yang dimuat naik juga, Akmal menyatakan yang dirinya akan ke sana bagi mengajar cara memasang bendera dengan betul dan mengajak orang ramai turut serta.

Sesiapa yang ingin mengikuti bertemuan tersebut diminta membawa bendera sekali agar sama-sama dapat belajar pemasangan bendera berkenaan.

‘Kelas’ perlu ditangguh, pemilik kedai ditahan

Walau bagaimanapun, Akmal memberitahu dalam hantaran terbarunya bahawa ‘kelas’ untuk mengajar individu terbabit cara memasang bendera dengan betul perlu ditangguhkan kerana pemilik kedai berkenaan sudah ditahan dan akan didakwa esok.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki memegang bendera secara terbalik pada sebatang tiang, manakala seorang lagi sedang merakamnya.

Video itu kemudian dikongsi oleh Akmal yang menggelar individu berkenaan sebagai ‘pengkhianat negara’ serta menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka.

Sumber: Facebook Akmal Saleh