Reezal Merican bersemuka dengan peniaga kedai, ajar pasang Jalur Gemilang di balai polis

LocalPolitics
10 Aug 2025 • 1:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican bergegas bersemuka dengan peniaga kedai yang didakwa memasang Jalur Gemilang secara terbalik bagi menunjukkan cara memasangkan dengan betul.

Reezal Merican bersemuka ajar pasang bendera

Menerusi Facebook Mohd Helmi, Reezal dilihat dengan tegas mempersoalkan tindakan mereka yang melakukan perkara tersebut sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak.

“Kalau awak kata tiang bendera tak cukup panjang selepas memasuki lubang yang ada di bendera, awak boleh ke sambung ke tidak?” Soal Reezal dengan tegas.

image is not available

Reezal Merican persoal mengapa boleh silap pasang

Dapat didengar peniaga terbabit pada awalnya menafikan ia boleh disambung sebelum mengakui bahawa dia boleh sahaja dilakukan selepas dijelaskan dengan betul.

Ahli politik terbabit juga mempersoalkan sama ada logik ataupun tidak jika kejadian terbabit berlaku kerana pemasangan bendera.

image is not available

Menerusi kapsyen yang disertakan, jika tutorial yang dibuat oleh Reezal tidak mencukupi, beberapa pihak yang turut serta berada di balai polis akan tampil sekali lagi mengajar cara pemasangan Jalur Gemilang dengan betul agar ia tidak berulang semula.

“Kalau ini tak cukup lagi mengajar mereka, kita akan turun lagi sekali untuk beri tutorial cara-cara memasang bendera yang betul!” ujarnya.

image is not available

Sebelum ini, pemilik kedai perkakas di di Jalan Bertam Permata telah tampil membuat permohonan maaf diatas insiden pemasangan bendera Malaysia secara terbalik sehingga menyebabkan kemarahan banyak pihak.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga telah hadir membuat laporan polis terhadap Pang mahu pihak berkuasa menyiasat secara telus agar menjadi pengajaran dan insiden sama tidak berulang lagi.

Sumber: Facebook Mohd Himi