“Esok juga abang beli kain…” – [VIDEO] Caprice ‘Excited’ Isteri Berhijab, Nak Buat Bisnes Kalau ‘Maintain’

Entertainment
22 Jul 2022 • 4:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang merupakan seorang rapper serta personaliti media sosial yang banyak mengeluarkan content berunsur dakwah.

Bulan November tahun lepas, Caprice telahpun mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan kosmetik iaitu Fara Inalis.

Semalam, ramai netizen yang terhibur dan ‘cair’ melihat gelagat penyanyi rap itu dengan isterinya yang kelihatan memakai tudung.

“Harini kita pergi dating dengan gf baru, mashaAllah, jom kita doakan supaya Fara Inalis kekal dengan imej (bertudung) ini” katanya.

Malah, Caprice juga berseloroh dengan isterinya itu, jika imej itu dikekalkan dia akan mulakan perniagaan barangan Muslimah serta aplikasi kerohanian.

“Kalau baby kekal dengan benda ni, inshaAllah esok juga abang order kain, we launch balik business Muslimah kita…” selorohnya.

“Macam pengantin baru bro!”

Kemanisan pasnagan tersebut menarik perhatian netizen, ruangan komen juga dipenuhi dengan doa daripada peminatnya agar isterinya itu istiqomah dalam berhijab.

image is not available

Manis betul! Semoga istiqomah!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.