Espargaro pikul tugas berganda buat  KTM

5 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Espargaro pikul tugas berganda buat  KTM

MISANO: Pol Espargaro terpaksa berdepan jadual luar biasa apabila perlu bertukar antara jentera KTM MotoGP 1,000cc dan prototaip 850cc dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Situasi itu bergantung kepada tahap kecergasan Maverick Vinales, yang masih belum dipastikan dapat kembali beraksi pada perlumbaan di Misano dan Austria.

Espargaro mengakui cabaran itu bukan mudah selepas sebelum ini dia sendiri berdepan kesukaran menyesuaikan diri antara jentera 1,000cc menggunakan tayar Michelin dan prototaip 850cc KTM yang menggunakan tayar Pirelli.

“Saya menunggu untuk melihat apa yang berlaku bagi Misano dan Austria, dan jika saya berlumba di Misano, minggu berikutnya saya ada ujian di Mugello.

“Dari situ saya terus ke Grand Prix Austria dan pada Isnin di Austria pula ada ujian dengan jentera 850cc, jadi ia mungkin 1,000cc, 850cc, 1,000cc, 850cc,” katanya.

Pelumba Sepanyol itu bagaimanapun menunjukkan perkembangan positif pada penampilan keduanya menggantikan Vinales apabila berjaya merapatkan jurang dengan pelumba di hadapan di Aragon, walaupun gagal mengulangi kutipan mata di Silverstone.

“Saya menikmatinya sedikit dan saya berjaya mengurangkan banyak jurang berbanding rakan sepasukan, bukan Pedro Acosta tetapi dengan Enea Bastianini dan Brad Binder.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan perubahan besar apabila motosikal mula mengalami masalah dengan tayar yang sudah digunakan, tetapi saya rasa semakin pantas dan kita lihat apa yang berlaku di Misano jika Maverick kembali,” katanya.

Jika Vinales masih belum cergas, Espargaro bukan sahaja perlu kembali berlumba di Misano buat kali pertama sejak 2022, malah berpotensi meneruskan tugas berganda sebagai pelumba gantian dan pelumba ujian KTM dalam jadual yang cukup padat. – AGENSI

The post Espargaro pikul tugas berganda buat  KTM appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved