
LAHAD DATU: Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menggagalkan cubaan menyeleweng minyak sawit mentah (CPO) dalam dua serbuan berasingan di sini, Khamis.
Komander Esscom DCP Polis Datuk Victor Sanjos berkata sebanyak 74 metrik tan CPO, dua lori dan pelbagai peralatan digunakan dalam kegiatan itu dirampas.
“Bertindak atas maklumat orang awam, pasukan menyerbu sebuah premis di Jalan POIC dan ladang persendirian di Jalan Segama Lama, sebelum merampas CPO, lori dan peralatan bernilai keseluruhan RM476,000.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an dan 40-an turut ditahan dalam serbuan tersebut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Peraturan 5(1)(b), Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005.
Victor berkata serbuan itu mencerminkan usaha berterusan Esscom memerangi kegiatan jenayah dan aktiviti haram di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone), khususnya penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan serta bersubsidi yang boleh menjejaskan ekonomi setempat.
Beliau menegaskan Esscom akan terus mempergiatkan operasi bersepadu di Esszone bagi membanteras jenayah rentas sempadan yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan awam.
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan kepada Pusat Operasi Esscom di talian 089-863181 atau WhatsApp 011-63311072.

