
LAHAD DATU: Polis Marin berjaya mematahkan satu sindiket penyelewengan Minyak Sawit Mentah (CPO) selepas menemui lokasi penyimpanan haram di Batu 15 sepanjang Jalan Lahad Datu-Sandakan.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah ACP Nazri Ibrahim berkata pihaknya menyerbu sebuah premis dan menemui sebanyak 77,590 kilogram CPO dalam serbuan pada jam 12.50 tengah hari, 25 Julai lalu.
Turut dirampas ialah dua lori, sebuah van dan sebuah tangki simpanan minyak yang dianggarkan bernilai RM2,287,332.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Lima individu tempatan dan seorang warga asing berusia antara 20 hingga 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
“Siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 5(1)(b) Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005,” katanya.
Mohd Nazri berkata Polis Marin komited memerangi kegiatan penyeludupan dan jenayah demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
Beliau turut mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.


