Etihad Airways lancar penerbangan terus ke Guangzhou

12 Oct 2022 • 11:31 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ABU DHABI: Etihad Airways iaitu syarikat penerbangan kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) melancarkan penerbangan terus yang menghubungkan ibu negara UAE Abu Dhabi dan bandar Guangzhou di selatan China.

Penerbangan EY868 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada malam Isnin dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun pada pagi Selasa waktu tempatan.

Perkhidmatan dua kali seminggu itu akan dikendalikan melalui perkhidmatan Boeing 777, lapor Xinhua.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etihad Aviation Group, Tony Douglas berkata dalam satu kenyataan bahawa Guangzhou adalah “destinasi Etihad terbaharu di China sejak pelancaran laluan Abu Dhabi-Shanghai pada 2012”.

“Ia akan terus membantu membina jalinan yang kukuh bagi perdagangan dan pertukaran budaya antara China dan UAE,“ menurut kenyataan itu. - Bernama