ETS, KTM Komuter Lewat Semuanya Sebab Kecurian Kabel

21 Nov 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Rupa-rupanya, perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter lewat selama ratusan jam sepanjang tahun ini adalah disebabkan kecurian kabel.

Difahamkan, ETS lewat selama 562 jam manakala perkhidmatan KTM Komuter pula lewat selama 741 jam. Kelewatan itu adalah berpunca daripada kecurian kabel.

Perkara itu didedahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Menurutnya, kecurian kabel menyebabkan gangguan sistem persemboyanan KTMB yang mengawal pergerakan tren, seterusnya membawa kesan kelewatan operasi dan kerugian masa kepada penumpang.

image is not available

"KTMB mengambil tindakan segera bagi menangani isu insiden kecurian kabel ini, termasuk mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan agensi penguatkuasaan, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

image is not available

"Antara tindakan berkenaan adalah operasi khas dan rondaan 24 jam oleh anggota Polis Bantuan KTMB di kawasan hotspot, terutama di sekitar Lembah Klang. Usaha akan diteruskan dengan memperkukuh rondaan bersama PDRM.

"Selain itu, risikan dan intipan di lokasi berisiko tinggi, termasuk usaha membanteras sindiket pasaran gelap logam bersama PDRM," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Dari Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 104 kes kecurian kabel dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur, manakala tiada kes direkodkan bagi Perlis, Melaka, Johor dan Kelantan.