EU : Bateri Peranti Mestilah Boleh Digantikan Dengan Mudah Oleh Pengguna Menjelang 2027

TechnologyDigital
20 Jun 2023 • 6:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kesatuan Eropah sedia memperjuangkan sejumlah perkara yang memfokuskan hak pengguna, dan terbaru, mereka telah meluluskan perundangan yang akan memerlukan semua peralatan elektronik boleh digantikan bateri dengan mudah oleh pengguna – bukan sahaja bateri peranti seperti telefon dan tablet, tetapi juga bateri kenderaan elektrik. Disamping itu, setiap bateri perlu turut mempunyai kod QR yang menyertakan maklumat berkenaan bateri tersebut termasuk ketahanan, kapasiti, komposisi kimia, dan sebagainya.

image is not available

Perundangan ini akan perlu melalui beberapa fasa lagi, dan dijangka dikuat-kuasa seawal 2027 kelak. Langkah ini dijangka akan memberikan kesan kepada sejumlah pengeluar yang turut menawarkan produk mereka untuk pasaran Eropah.

image is not available

Untuk makluman, beberapa pengeluar seperti Apple dan Samsung telah melancarkan kemudahan untuk membaiki peranti sendiri di rumah – dan mungkin menyatakan langkah tersebut memadai. Memandangkan perundangan ini turut meliputi secara meluas untuk pelbagai peranti lain, termasuk kenderaan elektrik, ia sesuatu yang akan menjadi perbincangan hangat di industri dalam tahun-tahun akan datang.

  • Sumber
  • EU