Semua telefon yang dijual di Eropah perlu ada ciri bateri boleh tanggal bermula 2027. iPhone terlibat?

DigitalDesign
19 Jun 2023 • 2:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kesatuan Eropah telah meluluskan undang-undang baharu berkaitan bateri dan bahan buangannya. Dalam banyak-banyak arahan yang dikeluarkan, salah satu daripadanya adalah tentang gajet yang dikuaskaan bateri perlulah mempunyai ciri baterinya boleh ditanggalkan dengan mudah oleh pengguna.

Hal ini bermakna, pengeluar telefon kelak perlu mengembalikan rekaan telefon dengan panel belakang boleh ditanggal bagi memudahkan akses bateri dilakukan oleh pengguna tanpa memerlukan peralatan tambahan. Garis masa yang ditetapkan untuk peraturan ini mula dikuatkuasakan adalah dalam tahun 2027 nanti.

image is not available

Kalau anda masih ingat telefon pintar generasi awal dulu kebanyakannya mempunyai panel belakang boleh ditanggal untuk memasukkkan bukan sahaja bateri, malahan kad SIM dan juga kad mikro-SD sebelum pengeluar berpusu-pusu mengikuti rekaan unibody iPhone dengan penggunaan pelekat untuk melekatkan panel belakang kepada casis telefon.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada mana-mana pengeluar telefon pintar mengeluarkan kenyataan maklum balas berkaitan perkembangan ini. Sungguhpun peraturan ini hanya terpakai untuk negara-negara di dalam Kesatuan Eropah, tentu sekali pengeluar telefon tidak akan mereka cipta telefon khas untuk pasaran itu.

Misalnya, peraturan Kesatuan Eropah yang memerlukan telefon menggunakan port USB-C untuk telefon-telefon yang ingin dipasarkan dalam negara-negara ahli telah membuatkan Apple dilapor akan menggantikan sambungan Lightning yang digunakan sejak sekian lama.

Bacaan berkaitan