EU bukan Islamofobia: Duta

LocalPolitics
30 Jan 2023 • 8:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) bukan Islamofobia dan tindakan kurang ajar pelampau tertentu membakar al-Quran tidak menggambarkan pendirian sebenar blok itu.

Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar kitab suci itu baru-baru ini amat menyedihkan dan EU telah menjelaskan pendiriannya untuk tidak membenarkan tindakan sedemikian

“Mesej saya, jangan anggap Eropah sebagai Islamofobia,” katanya kepada Bernama di Wisma Bernama di sini pada Isnin.

Rokas yang muncul dalam program ‘The Nation’ di Bernama TV, menegaskan bahawa tindakan pelampau al-Quran di The Hague yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya kedua-dua perbuatan keji itu dan pada Sabtu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai menjawab “kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu”. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved