EURO 2024: Yamal Pemain Termuda Beraksi Dalam Final, Pecah Rekod Pelé

15 Jul 2024 • 9:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

EURO 2024: Yamal Pemain Termuda Beraksi Dalam Final, Pecah Rekod Pelé

Lamine Yamal telah menjadi pemain termuda beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan utama, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh legenda Brazil, Pelé.

Yamal, yang berusia 17 tahun sehari sebelum perlawanan akhir Euro 2024, mempamerkan prestasi cemerlang bersama pasukan Sepanyol.

Dia telah mengumpul satu gol dan tiga bantuan gol untuk membawa negaranya ke final menentang England pada awal pagi Isnin.

Selepas menunjukkan prestasi sensasi bersama Barcelona, Yamal terus menarik perhatian dunia menerusi persembahan cemerlangnya di Euro 2024.

Ini termasuklah menyerlah dalam perlawanan separuh akhir di mana beliau membantu Sepanyol menewaskan Perancis.

Pada usia hanya 17 tahun dan sehari, Yamal menjadi pemain termuda dalam sejarah final kejohanan utama, 66 tahun selepas Pelé mencipta rekod tersebut.

Pelé ketika itu berusia 17 tahun dan 249 hari, membarisi pasukan Brazil dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1958, di mana beliau menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan 5-2 ke atas Sweden.

Sumber: Sinar Harian